Kelas ICT Minggu 1 bersama Pelajar Pra Sekolah

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT Minggu 1 bersama pelajar Pra Sekolah ini telah diadakan pada 19 November 2019, hari Selasa bertempat di Pusat Internet Bogag bersama seorang pelajar Pra Sekolah.

Dalam kelas ini, pelajar tersebut diperkenalkan kepada asas komputer dan komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya. Selepas itu, dia turut diperkenalkan kepada asas Microsoft Word 2013. Pelajar dididik tentang penggunaan ribbon dalam MS Word dan fungsinya. Di samping itu, pelajar juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan papan kekunci yang digunakan unuk menaip.

Akhir sekali, latihan menaip abjad menggunakan MS Word juga diberikan kepada pelajar tersebut bagi membiasakan diri pelajar dalam menggunakan papan kekunci dan MS Word. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali